Testimonial
MOHD AMZAN
Tanggal 20 Disember 2008 yang lalu, kami sempat meluangkan masa melawat seorang pesakit yang koma selama 4 tahun di Kg. Rantau Panjang, Kelang, Selangor. Berdasarkan maklumat daripada kakak beliau. Beliau koma selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Akibatnya, 1/4 bahagian otak beliau terpaksa dibuang untuk mengelakkan jangkitan kuman. Namun, rentetan daripada pembedahan itu beliau hilang segala upaya fizikal seperti ingatan, makan, minum, berjalan dan banyak lagi. Hidup beliau hanya bergantung dengan susu dan air sahaja dan terpaksa menampung kos susu yang agak tinggi.
Kami mengenakan 5 unit Quantum Pendant pada tubuh beliau pada malam itu dan memberi beliau minun air yang dicas dengan Quantum Flask. Disertakan dengan urutan dengan hanya menggunakan air cas beliau mula memberi reaksi selepas 2 jam rawatan dilakukan. Beliau mula memberi respon semasa namanya dipanggil dan menangis. Sebelumnya beliau hanya pasif tetapi selepas diberi rawatan beliau mula aktif dan batuk-batuk dengan mengeluarkan kahak.
Kami membuat perkiraan kaedah ‘Body Talk’ dan mendapati tubuh beliau memberi respon untuk sembuh dalam masa 3 bulan dengan menggunakan 5 biji quantum pendant. Dua minggu kemudian kami melawat beliau (3 januari 2009) semula dan mendapati beliau sudah mula berisi dan pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat. Beliau sudah boleh menggerakkan kaki dan tangan dan cuba untuk bersuara walaupun agak sukar.
Dua minggu berikutnya (17 januari 2009), kami melawat beliau sekali lagi dan mendapati beliau sudah mampu menarik selimut sendiri sebagai reaksi terhadap rasa sejuk. Alhamdullillah, segala yang berlaku adalah dengan pertolongan Dia dan kami hanya mampu berikhtiar dan membantu.
ABDUL RAHMAN
Kami menerima panggilan tergempar daripada salah seorang kawan kami yang berada di Klang, Selangor. Beliau meminta kami merawat salah seorang kawan baik beliau yang terlibat dalam kemalangan kebakaran (boiler) di tempat beliau bekerja. Hampir 60 peratus badan beliau terbakar dalam insiden tersebut. Kami memberi beliau 2 biji Quantum Pendant, satu dipakai dan satu lagi digenggam pada tangan yang terbakar teruk.
Tangan yang memegang Quantum Pendant pada asalnya tidak dapat digerakkan akhirnya berjaya digerakkkan selepas 20 minit memegang Quantum Pendant. Rasa pedih pada bahagian terbakar hilang serta merta setelah disapukan dengan air yang di ‘cas’ menggunakan Quantum Flask. Melihatkan keajaiban yang telah berlaku, isteri beliau yang pada mulanya menyangkal dengan keupayaan quantum pendant akhirnya meminta kami mengubati sakit lutut (Gout) yang dihidapi beliau. Alhamdulillah, kesakitan akibat terbakar telah sembuh..malah sakit lutut isteri beliau juga hilang serta merta. Semuanya dengan izin Allah SWT.
EN. ABU HANIFAH (PAK CIK AMIN), SEMENYIH
Saya telah menggunakan Quantum Pendant selama satu bulan setengah. Pada awal penggunaan produk ini, saya menghidapi bermacam-macam tindakbalas awal (healing crisis) kerana penyakit GOUT, Kencing Manis, Darah Tinggi dan Penyakit Batu Karang. Setelah menggunakan produk quantum pendant selama satu bulan. Penyakit Batu Karang saya mula menunjukkan reaksi positif. Air kencing saya bercampur dengan darah dan sebanyak 8 (lapan) biji batu karang telah keluar daripada kemaluan saya. Satu biji tidak sempat diambil kerana masuk kedalam saluran air bilik mandi. Saya amat gembira sekarang kerana tiada lagi masalah kencing yang berdarah dan batu karang. Penyakit GOUT juga telah hilang dan saya rasa lebih bertenaga. Kini, saya telah mencanangkan kehebatan quantum pendant pada semua warga Kampung Pasir di Semenyih.
PUAN NORIZAN YUSOF
Kaki kanan Puan Norizan Yusof rosak akibat kencing manis (diabetes). Pembedahan untuk memotong kaki beliau dapat dielakkan hasil penggunaan berterusan LOKET QUANTUM. Kurang sebulan selepas itu keadaan beliau bertambah baik. Luka di kaki beliau bercantum dengan isi dan kulit yang baru tanpa perlu pembedahan tampalan dengan kulit peha. Pemulihan beliau mengambil masa yang singkat. Doktor pakar (KBMC) mengakui keberkesanan LOKET QUANTUM dan mengesyorkan penggunaannya secara berterusan.
(Petikan maklumat dan kajian doktor pakar KBMC, Kampung Baru, Kuala Lumpur)
(Petikan maklumat dan kajian doktor pakar KBMC, Kampung Baru, Kuala Lumpur)
NURUL HIDAYAH BINTI MOHAMAD NOR
Ini pula testimoni daripada adik saya sendiri, beliau menuntut di UiTM Arau, Perlis. Beliau terlibat dalam kemalangan ‘terjatuh ke dalam longkang’ berhampiran PWTC Kuala Lumpur sewaktu menjalankan aktiviti lawatan sambil belajar di situ. Peristiwa berlaku apabila adik saya dan kawan-kawannya berlari-lari anak untuk menaiki bas lawatan dan nasib begitu malang apabila adik saya tanpa dia sedari terpijak longkang yang tiada penutup besi dan terhumban ke dalam longkang sedalam 2 meter dengan keadaan jatuh terduduk. Doktor mengesahkan satu ruas tulang belakang beliau retak teruk iaitu ruas T12. Beliau dikejarkan ke hospital pada 26 mac 2009. Akibat daripada kecelakaan itu, adik saya ditahan di hospital Kuala Lumpur selama seminggu dan tidak dibenarkan bergerak sama sekali.
Semasa berada di hospital, selain dirawat dengan ubatan hospital saya juga menggunakan Quantum Pendant dan Quantum Sport Flask sebagai alternatif rawatan. Alhamdulillah, adik saya dapat keluar daripada hospital lebih awal dari tempoh yang sepatutnya. 24 Jun 2009 yag lalu, X-ray terakhir dilakukan ke atas tulang belakang beliau dan doktor mendapati tulang yang remuk (T12) sudah kembali kepada bentuk asal. Pada awalnya, doktor menetapkan penyembuhan total akan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan dengan disusuli fisioterapi. Tetapi beliau sungguh terkejut adik saya boleh sembuh dalam masa hanya 3 bulan tanpa menjalani fisioterapi. Alhamdulillah, berkat penggunaan quantum pendant dan izin daripada Allah S.W.T adik saya telah sembuh seperti biasa dan kembali normal.








0 comments:
Post a Comment